Friday, March 16, 2012

Seminggu cuti tak kering gusi

Assalamualaikum.Hai korang.Rasanya dah berbulan-bulan tak post entry kat blog nih.HAHA Almaklumlah ,sekarang ni tengah busy. ceh,cam orang kenamaan pulak. Tapi serius cakap cuti seminggu ni asik berjalan je.Memang best lah even penat.First,sekolah saya ada buat Kem Kecemerlangan Diri untuk semua pelajar tingkatan 5 di MRSM Trolak. Program ni berlangsung selama 2days and 1night.Kiteorang tidur kat asrama.Pelatihnya terdiri daripada guru-guru kaunseling sekolah saya.Banyak lah program yang diorang buat ,petangnya pulak ada aktiviti riadah.Kat sana,saya tidur bersama-sama dengan Dayana dan Lily. Serius best wok!! haha

Tak cukup dengan tu,habis je balik dari kem tuh,petangnya Dayana ajak saya dengan Lily pergi Kolej Universiti Islam di Bangi.Apa lagi bincang dengan mak and ayah,diorang pon agreed. Fuhh,selamat.Saya dan Lily pergi sana naik kereta abang Dayana.Kami bermalam kat kolej tu selama 3hari 2malam. Kiteorang tidur dalam rumah warden sebelah dengan asmara siswi. kat sana,semua pakai tudung labuh.HAHA susah nak digambarkan,memang best lah.Banyak sangat aktiviti yang kami buat kat sana. antaranya,pergi kelas mengaji ,jalan2 kat tasik, jalan-jalan waktu malam.Ramai orang ingat kami siswi kat sana. haha Best!!

Then,kami semua balik.Lily balik dengan kakak die.Kebetulan kakak dia siswi kat kolej tuh.Saya dan Dayana terus bermalam kat Kuala Lumpur,rumah Kak Eda,tunang abang Dayana.Baik gila ,banyak dia sponsor kami dua.haha kami bermalam kat rumah sewa kak Eda.Roomate dia 3orang.sorang warga melayu,sorang lagi daripda Iran.Yang daripada Iran tu peramah.Muka die cam orang inggeris.Dia selalu speaking tanya how r u? haha saya xtau nak cakap apa2,saya pon senyum je lah. serius best!! haha keesokannya pula,saya dengan Dayana pon pulang ke rumah.
Perjalanan aku xhabis lagi nih.esok kena pergi Kuala kangsar.Program Jom Masuk U.penat wokk!!


*pengalaman bersama-sama diorang amat tak boleh dilupakan.Dayana dan Lily.Diorang kelakar sangat.seminggu bersama diorang tidak pernah kurang denan gelak tawa.Kelakar habis.Tengok orang pakai serban pon boleh kami ketawa terbahak-bahak.Kami fikir,macam manalah nanti bila kiteorang dah masuk U nanti.Yela,kami suka sangat main2,xserius lansung.haha